Thursday, May 5, 2011

HOI LELAKI!

dengar sini wahai lelaki.
bukan semua lelaki
tetapi lelaki 'itu'
lelaki yang dah memusnahkan impian dan anganku
lelaki yang dah memusnahkan harapan kebahagiaanku

hoi lelaki
kau tabur janji manis
kau tanam tebu di tepi bibir
kau ucapkan kata-kata cinta
kau curahkan beribu janji
tapi apa yang kau langsaikan?
semua pun kau tinggalkan pergi.

hoi lelaki
dah kau tinggalkan aku
untuk perempuan itu
konon kau mahu memilih perempuan sebaik ibu.
pernah kau cermin siapa diri kau dahulu?
adakah seperti bapa atau macam batang penyapu?

hoi lelaki
aku tahu aku tak sehebat perempuan itu
bisa kau hurung ke hilir ke hulu
bisa kau panggil sayang, baby, dinda whatever u do.
pernah kau fikir kenapa aku tak mahu?
sebab aku dapat rasa kau lelaki penyapu

hoi lelaki
aku tahu aku tak secantik segenit perempuan itu
bisa kau usap, kau pegang sesuka hatimu
bisa kau tayang segala kata -kata tebu mu
di khalayak umum
ah!!! jelik!!!
jelik persis kau katakan padaku dahulu.

hoi lelaki
masih kah kau tidak sedar?
ada hati yang masih pecah?
ada hati yang masih tercari-cari cantuman rekah?

hoi lelaki
ku harap suatu hari nanti
kau akan terngadah
dengan kuasa yang maha besar.
kau tunggu dan terus menganga
sampai satu masa
kau  tercari-cari dimana harus kau
menadah, pada siapa harus kau tagih MAAF!

1 comment:

  1. salam

    teruskan kehidupan, jatuh bukan beerti gagal selamanya..byk lagi yang baik2 kat luar sana tu =)

    ReplyDelete