Wednesday, May 30, 2012

bingung

ya ALLAH, dah pukul 3. kenapa aku masih susah nak tidur? bila pukul 3 aku teringat sewaktu kamu mengusikku.

"tunggulah,pukul 3 nanti, ada nenek kira2 atas almari"

kahkahkah! tak kelakar sebenarnya.

dear kamu,

saya sedang baca novel yang kamu beri pinjam ni. semakin saya baca, semakin jelas ingatan saya peristiwa 2 hari lepas. tahu atau tidak, saya terganggu. hati saya kosong tiada sekelumit rasa tapi fikiran saya berat, sarat dengan cerita 2 hari lalu sewaktu saya bertemu kamu.

tahu atau tidak, saya bingung. saya, wanita dewasa yang cuba untuk tidak terjeurumus dalam perkara yang DIA tidak redha. saya cuba menjaga hubungan agar kita tidak melebih lebih dalam bersahabat. apakah kamu juga begitu? seperti saya sekarang ini?

ah! bingung dan pening. kenapa saya punya rasa seperti ini. punya fikiran yang sarat seperti ini. hari-hari saya berlalu dengan novel kamu sentiasa disisi.

saya takut, kamu hanya hadir untuk saya berhenti sejenak dalam menjalani liku kehidupan. saya takut, untuk meletakkan mana-mana harapan kepada kamu. saya berserah. saya pohon hati ini adalah hati yang redha..

sungguh, saya tidak tahu mahu bermohon apa pada TUHAN berkenaan dengan kamu. kamu, status kita sahabat, tapi dalam masa yang sama, dalam hati ini tersimpan hasrat kecil, kamu adalah lelaki terakhir yang menjadi sahabat dalam hidup di duniaku, dan teman di dalam hidup akhiratku kelak.

kenapa aku punya fikiran seperti ini. apakah ini hawa nafsu? apakah ini cuma bayangan syaitan?? aku bingung.mahu lakukan solat sunat apa? solat hajat? solat istikharah? solat sunat biasa?? ah aku bingung.sungguh aku bingung.