Wednesday, May 30, 2012

bingung

ya ALLAH, dah pukul 3. kenapa aku masih susah nak tidur? bila pukul 3 aku teringat sewaktu kamu mengusikku.

"tunggulah,pukul 3 nanti, ada nenek kira2 atas almari"

kahkahkah! tak kelakar sebenarnya.

dear kamu,

saya sedang baca novel yang kamu beri pinjam ni. semakin saya baca, semakin jelas ingatan saya peristiwa 2 hari lepas. tahu atau tidak, saya terganggu. hati saya kosong tiada sekelumit rasa tapi fikiran saya berat, sarat dengan cerita 2 hari lalu sewaktu saya bertemu kamu.

tahu atau tidak, saya bingung. saya, wanita dewasa yang cuba untuk tidak terjeurumus dalam perkara yang DIA tidak redha. saya cuba menjaga hubungan agar kita tidak melebih lebih dalam bersahabat. apakah kamu juga begitu? seperti saya sekarang ini?

ah! bingung dan pening. kenapa saya punya rasa seperti ini. punya fikiran yang sarat seperti ini. hari-hari saya berlalu dengan novel kamu sentiasa disisi.

saya takut, kamu hanya hadir untuk saya berhenti sejenak dalam menjalani liku kehidupan. saya takut, untuk meletakkan mana-mana harapan kepada kamu. saya berserah. saya pohon hati ini adalah hati yang redha..

sungguh, saya tidak tahu mahu bermohon apa pada TUHAN berkenaan dengan kamu. kamu, status kita sahabat, tapi dalam masa yang sama, dalam hati ini tersimpan hasrat kecil, kamu adalah lelaki terakhir yang menjadi sahabat dalam hidup di duniaku, dan teman di dalam hidup akhiratku kelak.

kenapa aku punya fikiran seperti ini. apakah ini hawa nafsu? apakah ini cuma bayangan syaitan?? aku bingung.mahu lakukan solat sunat apa? solat hajat? solat istikharah? solat sunat biasa?? ah aku bingung.sungguh aku bingung.

Monday, May 28, 2012

refleksi

dear, kamu.

pertama kali jumpa kamu setelah 7 tahun tak pernah jumpa. tak pernah bertegur sapa dekat sekolah. menatap wajah pun tak pernah adalah sangat pelik perasaan ini.
maaf, saya terus marah kamu sebab kamu lambat. huhuhu. tapi, saya dah minta maaf kan? :D

saya nak cakap ini, tapi tidak terluah. kamu, wangi. heeeee~~ its good u know.

kamu tak banyak berubah. cumanya, kamu makin tinggi. tinggi dari saya sampai saya kena mendongak untuk bercakap dengan kamu. jujurnya, semalam adalah hari terbaik saya. betul. tak tipu. saya sangat berharap boleh beritahu ke kamu. tapi, batas mengatasi segalanya.

banyak hari terbaik yang berlaku dalam tahun 2012 ini. TUHAN itu maha pengasih maha penyayang. 2011 saya penuh dengan duka, 2012 bertukar jadi hari-hari terbaik dalam hidup. manusia, bila di uji akan mengeluh. bila diberi bahagia akan bersyukur. mohon, aku jadi manusia yang selalu bersyukur walau dalam susah atau senang.

dear kamu,

sebenarnya, lepas pulang segala kejadian semalam bermain-main dalam minda. berfikir macam-macam perkara. mula dari selepas keluar dari cinema, sampailah beratur, sampailah ke makan. arghhhhh!!! kenapa ntah otak ini berfikir. saya terfikir, ada tak dalam banyak-banyak word yang saya cakap yang mengguris hati kamu. oh mai! im such a perfect person. i dont want any rude word or any bad word come out from my mouth. seriously.

dear kamu,

apa yang kamu rasa sebenarnya. saya cuba untuk berfikir tentang perasaan dan otak kamu. ah! semua itu rahsia. ada banyak sangat soalan dalam otak masa tengah makan semalam. tapi, tak terluah. kenapa? rasa nak nagis, menyesal semua ada. but, semua yang jadi ada hikmah bukan?

dear kamu,

jujur dari hati, saya harap kita ada jodoh untuk bertemu lagi. dalam keadaan yang diredhai. sungguh, saya tak tahu kenapa tersimpan hasrat ini dalam hati. sebelum bertemu kamu semalam, banyak perkara saya nyatakan pada TUHAN, kerana saya keliru. betulkah apa yang saya buat ini. betulkah keputusan untuk berjumpa kamu ini, apa akan jadi selepas berjumpa dengan kamu, apa akan jadi dengan persahabatan ini.

banyak!

banyak perkara.

mohon penjelasan dari DIA... sungguh. saya berharap pada DIA.