Saturday, April 23, 2011

7 bulan..

7 bulan dah berlalu..
7 bulan juga hidup aku tanpa kehadiran mu..
7 bulan juga aku tidak update blog ni..
dalam 7 bulan, macam-macam yang jadi..
7 bulan ni berlalu tanpa aku sedari..
aku berjaya harungi 7 bulan tanpa kata-kata manis dari bibir kau..
7 bulan aku menjadi kuat tanpa kau disisi..
7 bulan aku cuba membuang kehadiran kau sedikit demi sedikit dari menghuni hati aku lagi..
7 bulan. ye 7 bulan. kalau orang mengandung ni, dah boleh nampak dah fizikal bayi tu lengkap dalam rahim ibunya.
7 bulan adalah satu pencapaian yang membanggakan untuk diri aku yang berpatah semangat ini.
semangat untuk mencintai dan dicintai..

dalam 7 bulan ni, kau datang semula..
dan aku tak tahu kenapa kau datang semula..
jangan risau..
aku takkan ganggu kau lagi.
aku tahu kau tak tahu yang aku tahu kau dah cari pengganti diri aku..

mudah sungguh kau cari pengganti.
dimana janji manis kau taburkan dulu?
mana janji-janji yang kau ikat denganku suatu waktu dulu?
kau memang lelaki pendusta.
pandai berjanji tapi tidak menepati.

kasihan..
kasihan perempuan pengganti itu
seandainya kau masih belum berubah..
jelik aku membaca komen2 peribadi yang kau canangkan di laman sosial itu..
jelik. bila aku imbas kembali ayat2 yang pernah kau hamburkan padaku dulu seperti yang kau nyatakan pada perempuan pengganti itu.

dalam 7 bulan ini, macam-macam hal dan pengajaran yang aku dapat.
terima kasih sebab tinggalkan aku.
kalau aku masih terus bersama kau
aku pasti aku akan terus hanyut dalam janji2 palsu.
sebab kau lelaki tak guna.

akhirnya..
aku berasa sangat bersyukur
sebab TUHAN balikkan perasaan kau.
TUHAN palinkan hati kau dari terus menerima aku.
TUHAN terbitkan masalah di dalam hubungan aku dan kau.
syukur.. aku benar2 bersyukur...

terlalu banyak hikmah yang aku lihat selepas kau pergi dari hidup aku.
ternyata.
kau memang tidak pernah tahu dan tidak akan tahu apa itu cinta yang kau lafazkan padaku dulu.
sia-sia.
aku bersyukur, TUHAN tarik aku dari terus hanyut..

kau pernah dengar "ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu tidak?"
ternyata, ayat itu adalah benar.
ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk aku.
dan kau memang bukan yang terbaik untuk diri aku dan masa hadapanku...
aku bersyukur...